Lilypie First Birthday tickers

Lilypie Second Birthday tickers
Showing posts with label 7months. Show all posts
Showing posts with label 7months. Show all posts

Wednesday, September 26, 2012

Demam lagi...

Di kala Viral Fever sedang menular ni... memang agak risau sgt bila Marissa Auni demam... Tapi syukur Alhamdulillah tiada tanda-tanda Viral Fever kat Marissa Auni... Mungkin Marissa Auni demam terkejut kot sebab 2hari lepas ( umurnya 7bulan 3minggu 2hari ) Marissa Auni jatuh katil.. uhukkk
Punyela menggigil time dapat fon call dari mak.... haishhh.. Allah je yang tahu la perasaan masa tu..

Bergegas balik umah, masa tu plak tgh duty kat UTC... punyala rasa jauh UTC tu dari rumah.. macam dari KL nk balik Melaka...

Sampai2 je umah.. da nampak bibir Marissa Auni ala-ala Angelina Jolie.. rupenya bibir dia darah.. Mak saje x nak bagithu sbb takut mommy pengsan plak nanti.. hihihi

Tapi lega xde ape-ape.. Alah bisa tegal biasa... Nak besar memang mcm tu.. Kata mak laa.. hihihi..

Tu diaaaa... Jonget !
Salah satu sebab lagi adalah Marissa Auni nak tumbuh gigi... Sebab gigi bawah dia da start rasa gigi masa umurnya 7bulan 3minggu... semalam da nampak sikit.. macam satu line halus kat gusi dia... hihihi.. habislah... takut pulak mommy..

Tapi dalam demam-demam pun, Alhamdulillah, selera makan Marissa Auni masih sama.. Harini mommy masakkan bubur nasi + bayam merah + ayam.. Ni first time Marissa Auni makan ayam.. =)

Mommy masak lebih sikit so bole simpan untuk dinner sekali.. Snack pulak mommy buatkan zucchini, tapi Marissa Auni x suke pulak.. makan 2-3 sudu je pastu buat muke cebik.. Da pandai rasa ye anak mommy ni??

Zucchini yang tidak disukai...

bubur nasi + bayam merah + ayam = sedappp !
Esok nak masakkan ape pulak untuk Marissa Auni ye?? Mungkin bayam merah + ikan bilis... Doakan mommy tak terlewat bangun k.. hihihi.. gud nite... zzzzzz

Saturday, September 22, 2012

Resipi baby 7 bulan ..

Ooo yeahhh... lagi resipi baru untuk Marissa Auni cuba hari ini.. dan dari hasil pemerhatian, memang tersangat lazat untuk dimakan kerana Marissa Auni telah menganga mulut sebesar-besarnya dan berjaya menghabiskannya dengan cepat sekali.. Siap mintak nasi tambah okeh ! Tapi sorry dear Marissa, tak boleh makan banyak-banyak ye.. Hanya 3-4 sudu besar sahaja untuk sekali makan..Kejamkah mommy ? oh ! tidak sama sekali... mommy hanya mengikut sukatan yang betul memandangkan awak makan bubur pekat ye sayang..

Mari kita skodeng apa Marissa makan hari ini..

BUBUR NASI + PEAS + CARROT + SALMON

Ini adalah bahan-bahannya..


CARA-CARANYA :

1) Buangkan kulit kacang peas.
2) Carrot yang dah dikupas kulitnya kita dadukan.
3) Campurkan semua bahan termasuk beras...
4) Masak hingga nasi menjadi bubur... hihihi
5) Blend / lenyekkan... Makan !

Itu sahaja... senangkan? cepat je nak masak.. yang buat lambat adalah apabila nak mencairkan kacang peas dan salmon yang telah dibekukan.. berjanggut mak jemah nak tunggu.. tapi sambil tunggu benda tu lembut, mak jemah sarapan dulu sampai kenyang.. teheeee....

Inilah rupanya setelah siap diblend..
Untuk sukatan seperti di atas, dapat buat 2 portion untuk Marissa makan.. so petang kang bole makan lagi sekali...

Snack untuk Marissa pula hari ini ialah :

PURI PEAR

1) Separuh biji buah pear.
2) Kupas kulit dan buangkan bahagian tengah serta biji buah pear.
3) Rebus / steamkan buah pear hingga lembut.
4) Blend / lenyekkan buah pear tadi. Bole campur EBM atau susu formula kalau nak.

** masa blend x perlu masukkan air lagi sebab buah pear tu da serap air masa kita rebus k.. so blend je terus tanpa rasa bersalah.. ngeeeeeee ~

Potong kecik-kecik k buah pear tu. Rebus dengan 1 cawan air.

Puri Pear yang dah siap.
 
 
Ok, itu sahaja menu Marissa Auni untuk hari ini... daaaaaaaaaaaa ~

Friday, September 21, 2012

BanaCado sedappppp

Banacado atau nama panjangnya banana avocado adalah antara resipi baby 6 hingga 8 bulan yang sedappp bagi saya... Marissa makan ni masa umur 7bulan.. Takut mule-mule nak bagi dia makan pisang sbb takut lawas nau.. hi hi hi... Avocado memang da start bagi kat Marissa masa 6bulan lagi.. Masa tu mixed dengan EBM je.. Walaupun masa tu rasa dia x berapa nak sedap tapi alhamdulillah, Marissa makan habis..

Jadinya, apabila try mix dengan banana.. of cos la Marissa akan makan habis sampai tak cukup okeh ! banana kan sedap, manis...

Thanx pada kawan-kawan yang bagi resipi tu.. Dan mari saya plak share dengan kawan-kawan yang lain..

BanaCado

1 biji avocado
1 biji pisang

1) blendkan hingga lumat.
2) boleh tambah EBM atau susu formula atau air untuk cairkan sedikit  puri tu.
3) siap untuk dimakan..

Adunan kat atas tu bole buat 2 portion untuk Marissa so balance bole simpan dalam peti sejuk. Tapi bole disimpan untuk 3hari aje ye..



Wednesday, September 19, 2012

Bubur nasi + Kacang pea + tofu + stok ayam

Makin Marissa Auni selera makan, makin rajin mommy masak and try resipi baru. Alhamdulillah, setakat ni Marissa bole terima sume jenis makanan.. Takde tunjuk apa2 alahan.. Dan part paling seronok adalah apabila dapat sediakan sume makanan Marissa sendiri.. Hasil air tangan ibu lebih baik kan? hihi.. Mommy x kisah pun kene bangun awal pagi nak siapkan makanan Marissa ni.. Mommy ikhlas dan rela hati walaupun kadang2 terlambat masuk keje gara-gara terbubuh air banyak time nk buat bubur tu.. ahaha..

 Dan hari ni mommy try resipi baru untuk Marissa Auni.. lihat tajuk entri.. rasa sedap x? kalau korang kata xsedap, memang silap besar la korang.. boleh kene potong keparaa tau sebab jawab salah.. hihihi

merepekkkkkkk lagiiiiiiiii.... haishhhhhhh....

ok, sebelum buat bubur tu.. kite kene readykan stok ayam tu dulu.. mommy buat malam semalam.. sebab kene sejukkan dulu untuk membuang lebihan lemak..

  Stok Ayam + ikan bilis
 1)tulang ayam anggaran dalam 800gram. bersihkan betul2 okey..
 2)secawan setengah ikan bilis. buang keparaaa dan isi perut..
 3)air 4cawan @ 1liter..
 4) didihkan air... masukkan tulang ayam dan ikan bilis.. dan biarkan hingga 45minit atau sehingga air rebusan td tinggal separuh dari sukatan awal. tapiskan..
5)siapppppp.... then sejukkan sebelum masuk dalam peti sejuk..
6) esoknye, buang lemak2 tepu yang timbul atas stok tu..


inilah stok ayam yang sedang disejukkan sebelum dimasukkan kedalam peti sejuk.

  Bubur nasi + kacang pea + tofu
 1)sesudu beras.
 2)setengah sudu kacang pea. kopekkan kulitnya.
 3)setengah sudu tofu. dicincang.
 4)masak bubur cam biasa tapi gunakan stok ayam tu ye...apabila bubur kembang, masukkan kacang pea.. kalau nk lenyek dulu  kacang pea pun bole.. tapi mommy x buat pun sebab nantikan nak blend. 
5)sebelum tutup api, masukkan tofu tadi.. biarkan dalam 5minit.. tutup api..
 6)blend / lenyekkan dia... hiyahhhhh... 

 senangkan? serius sedap.. ada rasa masin dari stok yg kita campur ikan bilis tu.. so dapatlah anak kita merasa pelbagai rasa disamping menajamkan lagi deria rasanya.. kan? kepada yang nak mencuba..
selamattt ye.. harap anak korang suka.. nanti saya share lg resipi kat sini... daaaaa~

What Marissa eat -7mos-

Okay sekarang nak share resipi makanan Marissa Auni semasa 7bulan.. (sekarang la ni.. hahaha.. anak saya itu baru 7bulan 2minggu 4hari hari ini.. dan mommy masih mencuba pelbagaikan resipi untuk Marissa Auni )

  Bubur nasi + carrot + ikan bilis
 1) secubit beras.
 2) carrot yang dah didadukan, agak2 dalam satu sudu besar.
 3) reneh / masak hingga lembut..
 4) blend / lenyekkan...
5) ikan bilis digoreng berasingan.. buang kepala dan isi perut.. goreng tanpa minyak.. kemudian blendkan.. bole buat banyak-banyak.. buat stok.. if x sempat nak masak bubur lain, bole masak bubur kosong dan dimakan bersama ikan bilis je.. sedap!


Bubur Kurma

1) secubit beras.
2) sebiji kurma dikupas kulit, dibuang biji dan dibersihkan selaput putih di dalam kurma tu.
3) campurkan kurma bila beras tadi kembang.
4) blend / lenyekkan..



Bubur Bayam + Ikan bilis

1) secubit beras.
2) 3helai daun bayam.
3) masukkan bayam apabila bubur hampir masak. biarkan dalam 5minit.
4) blend / lenyekkan.
5) campurkan dengan ikan bilis yg dah siap di blend.