Lilypie First Birthday tickers

Lilypie Second Birthday tickers

Wednesday, September 19, 2012

Resipi untuk baby 6 bulan..

Walaupun ramai dah dok sharing resipi baby tapi saya nak gak buat post yang sama.. bukan apa, untuk kegunaan saya jugak kan.. xperlu la nanti nk tergoogle-google resipi baby lagi untuk masa akan datang... cewahhhh... macam ada bau-bau nak tambah anak lagik.. kuangkuangkuang...

baiklah, mari kita hentikan perbualan mengarut ini.. kita mulakan dengan bismillah,
  Bismillah hirrohman nirrahim

  Puri Epal
 1) rebus / steam kan sebiji epal MERAH yang dah dibuang kulitnya.
2) air tak perlu banyak, agak2 terendam epal tu je.
 3) enjoy the good smell from the epal.. hurmmmmm....
 4) rebus hingga empuk, toskan.
5) blend / lenyek epal hingga lumat. kalau blend bole bubuh air rebusan epal tadi tu k.
 6) siap untuk dimakan... yummmyyyy !

Mule-mule buat cmni

 Sila jangan tutup periuk ketika merebus kerana anda akan bau harummmmm sgt ! Serius wehh

 Epal yang dah siap direbus..

 Siap untuk dimakan sikecil molek..


  Puri Avocado
 1) sebiji avocado yang masak ranum.
 2) susu ibu / susu formula.
3) lenyekkan avocado tadi bersama susu hingga betul-betul hancur.
4) siap untuk dimakan.
 ** avocado yg ranum tersangat lembut.. lenyek je da ok.. susu tu sikit je, dalam 2oz pun da ok..
 ** if beli avocado yg belom ranum, bole peram dalam tong beras k.. hihi

Avocado + EBM


  Puri Pisang
 1) sebiji pisang.
2) susu ibu / susu formula.
3) lenyekkan hingga lumat bersama susu tadi... makan.. yeayyy!
 

  Bubur nasi
 1) masak macam bubur nasi biasa tu.. xperlu tambah apa2..
2) blendkan..
** untuk hari pertama bagi bubur kosong je k.. esoknye, baru bole mix with ikan bilis or sayur..
** untuk first time, try mix satu-satu.. contoh : bubur nasi dan ikan bilis je.. apply 3-4days rule tu.. senang nak trace if baby allergy atau tak k.. next step  baru bole mix 2-3 jenis dalam satu bubur if baby x allergy ;)

Bubur nasi kosong



1 comment:

Unknown said...

yay! da jmpe resepi yg senang nak paham..baby saya next month dah 6 bulan..
great info!
terima kasih!