Dan hari ni mommy try resipi baru untuk Marissa Auni.. lihat tajuk entri.. rasa sedap x? kalau korang kata xsedap, memang silap besar la korang.. boleh kene potong keparaa tau sebab jawab salah.. hihihi
ok, sebelum buat bubur tu.. kite kene readykan stok ayam tu dulu.. mommy buat malam semalam.. sebab kene sejukkan dulu untuk membuang lebihan lemak..
Stok Ayam + ikan bilis
1)tulang ayam anggaran dalam 800gram. bersihkan betul2 okey..
2)secawan setengah ikan bilis. buang keparaaa dan isi perut..
3)air 4cawan @ 1liter..
4) didihkan air... masukkan tulang ayam dan ikan bilis.. dan biarkan hingga 45minit atau sehingga air rebusan td tinggal separuh dari sukatan awal. tapiskan..
5)siapppppp.... then sejukkan sebelum masuk dalam peti sejuk..
6) esoknye, buang lemak2 tepu yang timbul atas stok tu..
inilah stok ayam yang sedang disejukkan sebelum dimasukkan kedalam peti sejuk.
Bubur nasi + kacang pea + tofu
1)sesudu beras.
2)setengah sudu kacang pea. kopekkan kulitnya.
3)setengah sudu tofu. dicincang.
4)masak bubur cam biasa tapi gunakan stok ayam tu ye...apabila bubur kembang, masukkan kacang pea.. kalau nk lenyek dulu kacang pea pun bole.. tapi mommy x buat pun sebab nantikan nak blend.
5)sebelum tutup api, masukkan tofu tadi.. biarkan dalam 5minit.. tutup api..
6)blend / lenyekkan dia... hiyahhhhh...
senangkan? serius sedap.. ada rasa masin dari stok yg kita campur ikan bilis tu.. so dapatlah anak kita merasa pelbagai rasa disamping menajamkan lagi deria rasanya.. kan? kepada yang nak mencuba..
selamattt ye.. harap anak korang suka.. nanti saya share lg resipi kat sini... daaaaa~
No comments:
Post a Comment