Lilypie First Birthday tickers

Lilypie Second Birthday tickers

Wednesday, September 19, 2012

What Marissa eat -7mos-

Okay sekarang nak share resipi makanan Marissa Auni semasa 7bulan.. (sekarang la ni.. hahaha.. anak saya itu baru 7bulan 2minggu 4hari hari ini.. dan mommy masih mencuba pelbagaikan resipi untuk Marissa Auni )

  Bubur nasi + carrot + ikan bilis
 1) secubit beras.
 2) carrot yang dah didadukan, agak2 dalam satu sudu besar.
 3) reneh / masak hingga lembut..
 4) blend / lenyekkan...
5) ikan bilis digoreng berasingan.. buang kepala dan isi perut.. goreng tanpa minyak.. kemudian blendkan.. bole buat banyak-banyak.. buat stok.. if x sempat nak masak bubur lain, bole masak bubur kosong dan dimakan bersama ikan bilis je.. sedap!


Bubur Kurma

1) secubit beras.
2) sebiji kurma dikupas kulit, dibuang biji dan dibersihkan selaput putih di dalam kurma tu.
3) campurkan kurma bila beras tadi kembang.
4) blend / lenyekkan..



Bubur Bayam + Ikan bilis

1) secubit beras.
2) 3helai daun bayam.
3) masukkan bayam apabila bubur hampir masak. biarkan dalam 5minit.
4) blend / lenyekkan.
5) campurkan dengan ikan bilis yg dah siap di blend.





No comments: