Mari kita skodeng apa Marissa makan hari ini..
BUBUR NASI + PEAS + CARROT + SALMON
![]() | |||
Ini adalah bahan-bahannya.. |
1) Buangkan kulit kacang peas.
2) Carrot yang dah dikupas kulitnya kita dadukan.
3) Campurkan semua bahan termasuk beras...
4) Masak hingga nasi menjadi bubur... hihihi
5) Blend / lenyekkan... Makan !
Itu sahaja... senangkan? cepat je nak masak.. yang buat lambat adalah apabila nak mencairkan kacang peas dan salmon yang telah dibekukan.. berjanggut mak jemah nak tunggu.. tapi sambil tunggu benda tu lembut, mak jemah sarapan dulu sampai kenyang.. teheeee....
![]() | |
Inilah rupanya setelah siap diblend.. |
Snack untuk Marissa pula hari ini ialah :
PURI PEAR
1) Separuh biji buah pear.
2) Kupas kulit dan buangkan bahagian tengah serta biji buah pear.
3) Rebus / steamkan buah pear hingga lembut.
4) Blend / lenyekkan buah pear tadi. Bole campur EBM atau susu formula kalau nak.
** masa blend x perlu masukkan air lagi sebab buah pear tu da serap air masa kita rebus k.. so blend je terus tanpa rasa bersalah.. ngeeeeeee ~
![]() |
Potong kecik-kecik k buah pear tu. Rebus dengan 1 cawan air. |
![]() |
Puri Pear yang dah siap. |
Ok, itu sahaja menu Marissa Auni untuk hari ini... daaaaaaaaaaaa ~
No comments:
Post a Comment