Lilypie First Birthday tickers

Lilypie Second Birthday tickers

Thursday, October 27, 2011

Jaundice...

Dah lama sungguh rasanya tak share tips or info or resipi kat sini... kali ni nak share sikit ilmu yang saya dapat setelah di google dan di korek dari kawan-kawan saya...

Jaundice adalah warna kekuningan yang kelihatan pada kulit bayi.. selalunya pada bayi yang baru lahir dan masa sebulan... Nama lainnya ialah demam kuning...Ia disebabkan oleh meningkatnya kadar bilirubin dalam darah..

Apa pulak bilirubin ? hehehe... ianya adalah sejenis pigmen yang dihasilkan dari pemecahan sel darah merah. Ia kemudian diproses ke dalam hati sebelum dikeluarkan ke dalam najis..

Kadangkala, kuning ni terjadi kerana baby tak mendapat susu yang cukup.. sekiranya susu ibu tidak mencukupi, boleh dicampur dengan susu formula..

Ketidakserasian darah antara ibu dan bayi juga adalah salah satu penyebabnya... contohnya bila ibu mempunyai darah Rhesus negatif atau darah jenis 'O'...

Saya nak share beberapa petua yang saya dapat.. Kita hanya berusaha, tetapi Allah yang menentukan segalanya.. Mungkin ianya satu kebetulan tapi tak salah kalau kita mencuba kan? Asalkan ianya tak memudaratkan kesihatan kita dan baby... =)

SEMASA HAMIL

  1. Dapat petua ni dari aci penjual susu kambing, katanya elok minum susu kambing semasa hamil.. selain untuk elak kuning, ianya elok untuk kulit baby...
  2. Dapat petua ni dari hasil google , minum glukose semasa kandungan mencecah 9 bulan.. glukose yang original tu tau..
  3. Dapat petua ni dari beberapa orang.. JANGAN MAKAN KACANG PARANG semasa hamil..
  4. Dapat petua ni dari kawan baik saya.. Amalkan minum pati prunes semasa hamil..
  5. Dapat petua dari sepupu mak saya a.k.a staff nurse kat sepital taiping... elok amalkan makan yogurt dan anggur hijau.. anggur hijau selain boleh bantu cegah kuning, ia juga baik untuk tambahkan HB kita...
  6. Akhir sekali, banyakkan makan sayuran hijau.. seperti sawi ye kengkawan...

UNTUK BABY

  1. Ibu minum glukose, then breastfeed baby.. insya'allah bacaan akan turun..
  2. Beri baby minum susu kambing... sikit je.. x mo bnyk2 tau..
  3. Jemur baby ketika jam 7pg ke 8pg... xmo lebih dr jam tu sbb dikhuatiri cahaya matahari dah start terik... jgn lupe tutup mata baby tau... kesian dia silau..
  4. Yang paling baik sekali adalah, beri baby susu ibu yang mencukupi.... =)

Baby akan tidoooo je waktu so kite kene kejut2 kan baby bangun then bagi susu.... untuk memastikan baby dapat susu yang mencukupi...

Hurrrmm... tu je kot.. if ada sape2 nak share info lagi tentang nih, sila lah ye.. jangan malu-malu kerana saya perlu sangat info2 nih.. Anak buah saya kene kuning.. dah 4 hari kene amik darah kesian sangat.. sayu hati ni dengar dia nangis.. Bayangkan lah baby usia 6hari kene amik darah... =(

Cik Long doakan agar baby cepat sembuh dari Jaundice ni ye.... harap2 bacaan semakin menurun.. Amin.. Cik Long sayang baby...

No comments: