Lilypie First Birthday tickers

Lilypie Second Birthday tickers

Friday, October 28, 2011

Amalan Semasa Hamil...

Asalamualaikum... salam penuh barakah di hari Jumaat yang mulia...

Bakal-bakal ibu seperti saya.. pulak yang pregnant anak pertama, mesti tertanya-tanya amalan yang bagus dibuat semasa pregnant kan? Ye la, semua orang nak buat yang terbaik untuk diri sendiri dan anak kan? Mesti banyak beli buku tentang pregnancy... betul x? ahahaha... saya setakat ni dah ada 5 buah buku kat rumah... kalau majalah Pa&Ma dan Mami Baby tu jangan cakap la... tak pernah missed every month... Bahan bacaan memang boleh dibeli.. Info dalam tu boleh diamalkan.... Tapi kita sebagai umat Islam ada amalan yang bagus yang boleh diamalkan... Insya'allah dengan izin Allah, apa yang kita usahakan akan berhasil... Amin...

Semasa mengandung eloklah diamalkan :

  • Saidul (penghulu) istighfar
  • Doa memohon rahmat ( AlQuran, Ali-Imran 3:8-9 )
  • Doa memohon zuriat yang baik ( AlQuran, Ali-Imran 3:38 )
  • Doa agar anak mengerjakan solat ( AlQuran , surah Ibrahim 14:40-41 )
Surah-surah yang menjadi amalan :
  • Surah Al-Fatihah ( untuk terang hati dan kuat daya ingatan )
  • Surah Maryam ( untuk memudahkan ibu bersalin )
  • Surah Yusuf ( untuk peroleh anak yang cantik rupa dan cantik akhlak )
  • Surah Luqman ( untuk peroleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa )
  • Surah Yaasin ( untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan ke arah kemaksiatan )
  • Surah Taha ( semoga bayi lembut hati )
  • Surah Al-Nahl ( untuk melahirkan anak yang berdisiplin )
  • Surah Hujurat ( untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak yang bersifat berhati-hati )
  • Surah At- Taubah ( untuk bersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat )
Insya'allah... dengan izin Allah... Kita sama-sama berusaha okeh kawan-kawan...

Lagi satu nak pesan.... Ibu yang mengandung digalakkan melakukan perkara-perkara sunat seperti solat sunat dan puasa sunat pada hari Isnin dan Khamis.. bukan ibu je ye.. ayah nyer sekali.... adab dan tatasusila serta perlakuan juga harus dijaga.. agar anak yang dilahirkan kelak berperangai elok... Insya'allah....

No comments: