Lilypie First Birthday tickers

Lilypie Second Birthday tickers

Sunday, August 29, 2010

M I G R A I N ? ?



salam ramadhan al-mubarak.... =)
sorry lama x update blog..tak tahu nak bubuh entri ape...hurmm...

akibat dari sakit kepala yg teramat selama 2 hari ini...haaaa...dtg la idea utk bercerita tentang MIGRAIN... rasanya semua org tahu kan ape itu migrain...

biasanya simpton-simpton migrain ialah kepala berdenyut-denyut (tahap nk hantuk kepala kat dinding) , pitam dan muntah-muntah ( adehhh..cam pregnant plak.. ). Migrain tak bole membawa maut kerana masih boleh dirawat dengan sempurna dan bole dielakkan...

kadangkala, faktor keturunan juga bole menjadi punca migrain selain dari punca2 yang lain... saya cuba huraikan sedikit mengenainya ok..


punca-punca migrain

Ketegangan
Keadaan ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, terutamanya lelaki. Mereka yang tidak bijak mengurus dan mengendalikan masalah sendiri terdedah kepada sakit kepala jenis ini.
Pengambilan ubat-ubatan
Mengambil ubat tertentu untuk meredakan kesakitan boleh mendedahkan seseorang kepada sakit kepala. Pengambilan makanan yang mengandungi bahan monosodium glutamate atau MSG, kafein dan alkohol boleh menyebabkan sakit kepala.
Penyakit Metabolik
Kekurangan gula di dalam tubuh, kurang darah, kegagalan fungsi ginjal dan hati boleh menyebabkan sakit kepala.
Kecederaan kepala
Kecederaan kepala disebabkan kemalangan atau kecederaan yang serius boleh menyebabkan pendarahan di dalam otak. Pesakit perlu menjalani skan otak untuk rawatan lanjutan.
Inflamasi salur darah di kepala dan otak
Keadaan seumpama ini terdedah kepada wanita berusia 50 tahun ke atas. Sakit kepala yang dialami boleh menyebabkan mereka menjadi buta, muntah-muntah dan strok. Jika dikesan awal, mereka akan diberi ubat-ubatan steroid.
Infeksi di dalam tengkorak atau intrakranium
Keadaan ini berpunca daripada penyakit meningitis iaitu selaput otak berkuman dan ensefalitis iaitu inflamasi otak disebabkan jangkitan bakteria atau virus. Selalunya pesakit akan mengalami sakit kepala yang teruk dan demam. Antara simptom yang dialami ialah leher menjadi tegang, sawan dan koma. Pemeriksaan skan otak dan pengambilan cecair daripada tulang belakang perlu dijalankan. Mangsa hendaklah mendapat rawatan awal dan lazimnya ia berjaya disembuhkan melalui pemberian antibiotik.

antara kaedah2 yang bole dicuba utk meredakan sakit kepala :

Berehat seketika dengan berbaring.
Baring di atas katil dan pejamkan mata untuk tempoh kira-kira setengah jam

Elakkan terkena cahaya terang atau pancaran matahari.

Berehat dalam sebuah bilik yang gelap atau samar-samar kerana keadaan yang terang benderang boleh menambahkan ksakitan pada kepala.

Ketulan ais atau air sejuk boleh meredakan sakit kepala. Ambil sehelai tuala dan masukkan ketulan ais di dalam tuala kemudian lekapkan tuala pada mata untuk beberapa ketika.

Jika keadaan sejuk tidak mredakan, cuba gunakan air suam. Ambil sehelai tuala bersih dan basahkan dengan air suam kemudian lekapkan tuala pada mata selama kira-kira setengah jam.

Fikirkan perkara positif kerana sebahagian besar sakit kepala berpunca daripada tekanan perasaan dan gangguan

saya harap info ini sedikit sebanyak dapat membantu.... tapi jangan lupe dapatkan rawatan dr doktor yg bertauliah jugak... =P

2 comments: