Syukur kepada Tuhan Yang Maha Berkuasa... Amirah Najwa semakin sembuh.. Dia dah boleh makan walaupun merengek lidah dia sakit... dia dah boleh menyanyi lagu kesukaan dia... alhamdulillah, dia ingt lagi lirik lagu dia sume.. Lebam kat mata dia semakin gelap, mungkin dah nak beransur baik kan? bengkak masih ketara walau susut sikit dari mula2 tue..tapi masih bengkak sgt bagi aku.... tapi amirah masih belom boleh berjalan...x de retak dan patah...tapi mungkin sbb luka kat area pinggang dan lutut dia tu buat dia rasa sakit bila berdiri, so dia lebih selesa mengesot atau bergerak guna wheel chair neneknya.... aduhh amirah..amirah... walau dalam sakit tapi masih suka berlawak... mungkin bila kitorg datang ramai2 dia bersemangat sikit kan...
Hari ni dia suh aku belikan dia kek... kek kecik katanya, nak kaler biru, beli kat kedai ting tong... puas aku pikir kedai mana la pulak... secret recipe x de bunyi ting tong... Italy bakery pun x de ting tong... pikir punya pikir baru aku teringat...aku pernah bawak dia pegi amik order kitorg kat Al-Azim Bakery...haaa...aku mmg ade belikan dia kek kecik time tu... Fuhh ! seb baik ingt...kalau mesti kene marah ngn dia sbb belikan kek lain...hihihihi~
Semua orang nampak sangat senang hati bila tgk Amirah dah semakin sembuh...dah boleh gelak... kalau aritu dtg semua nangis jer... Tapi Amirah x boleh tengok cermin lagi...takut dia sedih tgk keadaan muka dia nanti... kesian dia... Aku mmg sentiasa doakan dia cepat sembuh seperti sediakala....
Minggu ni adik aku nyer majlis , so aku harap sgt dia datang..dia kata dia nak jadi flower girl...next month birthday dia pulak... aku nak belikan dia kek yg dia suka...
Ya ALLAH, sembuhkanlah Amirah Najwa..Hilangkan lah kesakitan yang dia alami sekarang.. semoga dia pulih semangat dan fizikal dengan cepat... kami sayang sangat dengan dia YA ALLAH... aku memohon padaMu kerana Kau lah yang Maha Berkuasa... amin ya rabbal alamin...

No comments:
Post a Comment