Lilypie First Birthday tickers

Lilypie Second Birthday tickers

Saturday, January 15, 2011

BENAK @ Sri Aman

BENAK ialah ombak.. ombak yang terjadi di sungai....sungai okeh bukan laut.. ia terjadi ketika air nak pasang... Benak hanya terjadi di 3 tempat sahaja..Di Malaysia, ia hanya terjadi di Sri Aman..kalau luar negara yg aku tahu hanya Brazil je, lagi satu tmpt aku x tahu..hihihihi...so, aku rasa itu adalah salah satu tarikan pelancong di Sri Aman.. mereka juga akan mengadakan pesta Benak sekitar bulan April, Mei dan Jun .... time tu siap ada org boleh surfing lagik.. tak takut buaya ke diorang nih?..oh, lupa plak nk mentioned nama sungai tu.... sungai tu namanya Batang Lupar ye kengkawan...

Nak tengok punya pasal, kitorg kene tunggu dari kul 6 ptg lagi..hahaha..ni sume gara-gara terlepas peluang pada hari semalam... tepat kul 6.45, tetiba dengar bunyi deruan ombak...rasa kuat sgt bunyi ombak itu...Ya Allah, time tu aku terfikir bagaimanalah bunyi ombak Tsunami..mesti lagi menggerunkan... dari jauh dah boleh nampak sebaris putih air bergulung2 menuju ke arah kami...laju...agak besar juga ombak tu, but locals said, itu x besar... ( benak tu bukan sahaja menarik perhatian pelancong malah penduduk tempatan pun akan menunggu di situ setiap hari )

Kedatangan ombak itu sekaligus memenuhkan air di sungai Batang Lupar...Maha Besar Kuasa Allah...dan ombak itu terus menuju ke hilir sungai...

Memang menakjubkan dan itu adalah pengalaman yang sangat tak boleh dilupakan... =)
korang boleh google more info tentang BENAK or cari je kat youtube.. enjoice !

2 comments: