Lilypie First Birthday tickers

Lilypie Second Birthday tickers

Saturday, January 29, 2011

Bila Isteri adalah orang gaji di mata suami...

Apa perasaan kamu-kamu wahai kaum isteri jika kamu dilabelkan sebagai orang gaji oleh suami kamu ? SEdih ? MArah ?

Apa suami-suami itu ingat dengan memberi wang hantaran yang tak seberapa jumlahnya itu, dia dah membeli isteri-isterinya dan lantas dijadikan orang gaji di rumah ? berapa pulak gaji yang telah dibayar untuk khidmatnya itu ? PERCUMA ??? Hello...... orang lain kalau jadi orang gaji pun dapat gaji okeh...makan free...tempat tinggal free...baju free....

Suami-suami itu ingat dengan label orang gaji tersebut mereka boleh dilempang atau dipukul dengan sesuka hati ? Mungkin suami-suami itu tak sedar..selama ni orang gaji inilah yang membuat segala kerja rumah dengan percuma..tak pernah meminta gaji...orang gaji ini jugalah yang mengandungkan, melahirkan, membesarkan dan mendidik zuriat mereka...

ADAKAH MEREKA MAHU ZURIAT MEREKA ITU DILABEL SEBAGAI ANAK ORANG GAJI ?

Tepuk dada tanya selera... suami-suami itu harus sedar, sebelum bercakap fikirlah dahulu.... kerana kebiasaannya segala kesilapan berpunca dari kamu-kamu semua wahai kaum suami... kalau bukan kerana mulut kamu-kamu yang berbau longkang atau bahasa halusnya macam puaka...kaum-kaum isteri ini tidak akan bertindak agresif....

Kesian pada insan tersebut yang telah dilabelkan orang gaji oleh suami sendiri.. Haruslah banyak bersabar.... Ingatlah pada Allah kerana satu hari nanti dia akan sedar betapa beruntungnya diri dia tu kerana beristerikan kamu...

2 comments:

myminiworld studio said...

ish2..tk patut..
mencii..menci,
dye pk,
dye byr mas kawen kt wife dye tu,
as hire for the maid ke...??

ciwa said...

tue la....kesiankan...
rasa mcm nak sepak2 kan ajer org tue..