Lilypie First Birthday tickers

Lilypie Second Birthday tickers

Wednesday, April 13, 2011

Hari ketiga...

Hehe... Jenuh kumpul mood nak sambung cerita... Tah mana menghilang mood nak berceloteh ni...
ok kita sambung...

Setelah puas menghitamkan kulit kat Pulau Manukan, perjalanan bersambung keesokan harinya...
Pas check out, kami terus menuju ke Kundasang.... Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam kot... Dalam perjalanan kami singgah ke Jambatan gantung Tamparuli , iaitu jambatan yang digunakan oleh pedestrian dan haiwan-haiwan peliharaan untuk melintas sungai Selim dan Kinabalu Park... iaitu taman botanikal di kaki gunung Kinabalu.. Sejuk... best ! Macam-macam tumbuhan ade.. Periuk kera pun ade.. Yang menarik perhatian aku ialah buah Kerosene... nampak mcm betik tapi kecik je... Bile hidu bau dia, ade ala-ala bau minyak gas... Tapi macam wangi sikit le tu sebab nama dia buah Kerosene.. hihi ~

Selepas bergambar bersama tumbuhan kami teruskan perjalanan mendaki gunung Kinabalu dengan menaiki kereta... hahaha... pergi tempat tengok view tu ler... hahaha... cantik sangat view dari situ.. nampak macam dekat je dengan puncak gunung... tapi sayangnya, penglihatan tak baper clear sebab kabus... kalau datang hari semalam tu mesti clear sebab cuaca panas sikit...

Turun dari gunung, kami meneruskan perjalanan ke Kundasang... dari situ dah tak jauh... dalam 7km jer.... =)

Kat sana kami tido kat Kundasang Pine Resort... Cantik tempatnya... lebih sejuk dari Cameron Highland.. Best jugak ! hahaha.... Pas punggah barang kami terus keluar ke pekan Ranau untuk lunch... Makan kat kedai mamak je... Hahaha...

Pas makan kami menuju ke Poring Hot Spring Park ! Yeehaaa..... Tapi sayangnye kami tak bawak baju... tak boleh mandi... uhuk !

Last-last rendam kaki je la yang boleh... Walaupun rendam kaki je tapi badan tetap berpeluh... kat sana ramai snagat orang... selain air panas, tarikan yang ada kat sana ialah Butterfly Park dan Skywalker.... tapi butterfly park tu tutup, skywalker tu pulak tutup kul 4ptg... 5minit je lagi time tu.. so takde rezeki le nak try.... Rasanya kalau bukak pun tak berani kot nak try... Nak kene jalan atas jambatan gantung yang disambungkan dari pokok ke pokok ? Tidakk !!!

Dalam kul 6ptg kami pun pulang... Hik hik hik....

Menanti malam menjelang untuk dinner yang sedap kat resort... Jom kita berehat ! =)
** sila lihat picca dari bawah.. hahaha **

Rendam kaki dalam air panas



Bukan puncak Kinabalu






Buah Kerosene





No comments: