Dah dekat kul 1 pagi dah ni tapi mata takmo lelap... Kenapa la ni? Kelat sudah kelabu pun sudah malahan dah nampak semuanya berganda tapi kenapa bikin hal plak lak ni... Apakah aku terlebih tido? Tak mungkin kerana pagi tadi sebelum kul 7 aku dah bangun walaupun diberi cuti khas musim-musim perayaan nih.... Badan pun da cukup penat rasanya kerana seharian di luar rumah dan terlebih makan juga.... Oh ! Mungkin kerana terlebih makan tu... Terlebih makan yong tau foo dan chocolate chip walnut.... Haiisssshhhh....
Harini (16April) adalah birthday ibu mertuaku dan adik iparku.... So kuar makan-makan bersama keluarga en.suami tadi... Tu yang tak boleh control tu... Musnah diet aku seminggu !
Sebut pasal tarikh ni, baru aku perasan blog aku ni dah setahun... Sebab kalau x silap antara entri terawal aku ialah entri wish birthday ibu mertuaku... Wah! Tak sangka betul..... alhamdulillah, aku masih bertahan... Ye la kan, bermula dengan suka- suka sebab fesbuk kat opis dah kene blocked pastu jadi seronok pulak berblogging nih.. Walaupun takde followers beribu riban macam orang lain tapi aku sangat bersyukur kerana ade gak yang sudi follow aku.. Maklumlah saya budak setahun jagung.. Thanx guys...Ihiks !
Aduhh... Jeles betul dengar orang sebelah ni berdengkur... Aik ? Dah senyap pulak.... Macam tahu-tahu je kite tengah cakap pasal dia... Hahaha... Malu le tue... ;)
Ok2, nak try tido macam orang sebelah nih.. Kalau tak try memang esok takde orang kejut le nampaknya orang sebelah ni... So, nunyte kawan-kawan.. Have a sweet dream ya ! Muahxx...

No comments:
Post a Comment