Lilypie First Birthday tickers

Lilypie Second Birthday tickers

Saturday, August 13, 2011

Our first IFTAR...

Walaweehhhh... tajuk entri macam la arini aku first puasa ek padahal dah ramadhan ke 13... Bukan weh.. ini adalah hari pertama aku berbuka kat luar... sebelum ni memang takmo buka luar.. nak makan kat rumah je... tak kisah le masak ke tapau ke tapi mesti nak makan kat rumah.. Tapi oleh kerana harini , aku dan encik suami telah memulakan misi kami di KL, jadinya tak boleh la nak berbuka kat rumah kan? Dekat2 time buka tu kami kat OU so berbuka kat sana jela.. Kemain susah nak cari tempat makan.. Bukan takde kedai tapi sumenya fully booked.. Kami pun meneruskan langkah yang dah sememangnya longlai sejak tengahari tadi mencari tempat berbuka.. akhirnya Dave's Deli menjadi pilihan kerana kat situ je ade 2 table kosong.. seb baik cepat, x smpai 2minit berebut2 orang datang nak carik meja kosong... Syukur2...

Huuu... oleh kerana dah memang penat.. makan pun rasa penat.. punyala malas nak kunyah, kalau boleh nak telan terus.. hahaha...

Apa la ko penat sangat eno ??

Penat la wehhh... Gerak dari Melaka tadi kul 12.45pm ( konon2 nak gerak pagi, tapi dah lebih tido pas sahur tadi terus tergerak tengahari ).. sampai tol sungai besi ngam2 sejam... terus pi KLCC... Encik suami kemain smangat okeh nak carik baju raya.. Aku? Takde mood langsung.. maklum le, tengah macam ni.. sale pulak giler2.. tengok je la, nak beli tak boleh... encik suami jela yang bagai nak rak shopping...

Dah puas shopping kat KLCC, kami terus gerak pi OU... macam tadi jugak encik suami yang shopping.. aku pun dapat selai tshirt.. hehehe... itu pun salesgirl yang ala2 tomboy tu suggest kat aku... boleh ke nak pakai tshirt di hari raya? mungkin tidak... so itu bukan dikira baju raya ye.. dah shoping dan berbuka.. kami meneruskan perjalanan ke MV pulak...

Kami ke MV bukannye ape, sebab aku ni dah 2minggu teringin nak minum air buah kat situ.. ape nama kedai tu , lupe la.. tapi kedai yang depan Topshop tu... tapi dah smpai sana, tershopping jugak... hahaaha.. dapat selai suar kat Jaspal.. Tenkiu ye encik suami... Nak shopping lama2 tak sempat sebab dah pukul 10.00pm.. sume pun dah tutup... so kami pun balik je la...

Esok kalau keadaan mengizinkan, kami akan meneruskan misi.. cayokk !!!

Pasni nak kene kemas rumah ngn buat kuih raya, dah boleh nak bermisi-misi lagik ye... Jadi, gunakan wikend ni dengan sebaik mungkin... daaaaa ~

No comments: