Lilypie First Birthday tickers

Lilypie Second Birthday tickers

Friday, July 27, 2012

Doa Memperbanyakkan Susu Ibu


Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: "Pukullah batu itu dengan tongkatmu", (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): "Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi".

Mari kita amalkan bersama-sama.... Semoga segala usaha kita diberkati dan dipermudahkan Allah SWT.. Amiin ~


Muncul entry kali ini adalah untuk memotivasikan diri sendiri. Sejak puasa ni susu saya sangat merundum.. Hanya Allah sahaja yang memahami perasaan aku.. Macam-macam cara dah aku usahakan untuk banyakkan semula susu... Tapi kita sebagai manusia kadangkala lupa, walau banyak mana booster atau supplement yang kita makan tapi kalau Allah tidak berkehendakkannya.. maka x jadi apa.. Jadi berbaliklah semula kepada kekuasaan Allah yang tiada tandingnya... Berdoa lah.. Bertawakallah.. Semoga Allah permudahkan urusan kita... Betulkan niat kita untuk menyusukan anak kerana Allah taala..Insya'allah, Allah akan sentiasa membantu umatnya yang dalam kesusahan.. Amiinnn ~

Orang kata jangan stress.. Saya cuba walaupun kepala otak ni asek dok pikir je nape susu sikit...
Orang kata fikir positif... Saya buat jugak... Sentiasa set dlm mind susu sentiasa ada untuk Marissa..
Orang kata makan itu makan ini... semua pun saya buat... 
Orang kata amik supplement , pun saya amik.. 
Harapan saya semoga Allah membantu saya dalam usaha untuk membanyakkan susu skang ni... amiinn ~ 

No comments: