Lilypie First Birthday tickers

Lilypie Second Birthday tickers

Thursday, February 21, 2013

Marissa Auni is 1 year old :)

Alhamdulillah... Syukur akhirnya segalanya berjalan dengan lancar seperti yang dirancang.. malahan, lebih baik dari yang kami jangkakan... Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah :)

Birthday Marissa Auni sebenarnya pada 1.2.12 tetapi disebabkan tarikh tu jatuh pada hari Jumaat, jadi mommy dan abah buatkan majlis tersebut pada 2.2.12.. Pastu buat sekali kenduri doa selamat untuk Marissa Auni, tahlil untuk arwah atok2 dan nenek2 dan doa selamat sempena masuk rumah baru.. Alhamdulillah :)

Tetamu yang datang sangatttt ramai... memang happening sangat rasa.. seronok.. kawan-kawan mommy sume datang walau dari jauh.. sedara-sedara,jiran-jiran... memang terharu sangat.. boleh dikatakan di luar jangkaan.. hihi.. mommy tak tahu da mcm mana nk describe perasaan mommy tapi mmg sangat gembira.. Happy dgn tetamu yang datang, candy bar yang diidamkan walaupun comel dan simple je, kek yang sedap, dessert2 yang sedap dan yang best bear A&W yang pandai melayan tetamu kecil kami.. Paling-paling best, Marissa Auni dapat banyakkkkk hadiah... Mommy pun dapat gak sempena house warming.. hihi :)

Theme pada hari itu ialah biru turquoise dan pink.. Tapi mommy dan abah pakai navy blue, Marissa Auni plak pakai putih, kasut je yg ikut tema.. hihihi...

ok ok, takmo celoteh panjang.. Yang penting puas hati, segala persiapan, penat lelah tak tido malam merancang dan survey-survey segala bagai telah terbayar.. Alhamdulillah :)

jom tgk-tgk pic yang ada nih, ni pun belas ihsan dari kengkawan.. hihihi..

Queen in our heart, Marissa Auni :)

Seperti biasa mommy dan abah yang terlebih gembira.. (-_-")

Marissa Auni dengan penuh semangat nk potong kek sejuk  beku.. hihi

Wowww... kek !

Us..

Wondermilk.. Tq Ty unn

Sangat sedap.. hajat mommy tercapai.. yeayyy !

Gift for  Marissa's fren :)

For our guest :)

Gift for Marissa's fren :)


Hajat mommy nak bagi kawan-kawan Marissa Auni crayon dan colouring book juga tercapai.. Mommy sangat gumbira.... Harap kawan-kawan Marissa Auni juga gumbira ye.. :)

Akhir kata, tiada ibu dan bapa yang tidak mahu mendoakan kesejahteraan anaknya.. Di sini, mommy ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat hari lahir yang pertama kepada Marissa Auni, mommy dan abah doakan semoga Marissa Auni sentiasa berada di bawah lindungan Allah, sihat selalu, dijauhi dari segala bencana dan marabahaya, sentiasa disenangi dan disukai oleh semua orang, menjadi anak yang solehah, rajin, bijak,pandai, sentiasa mentaat perintah Allah dan sentiasa menghormati orang tua.. Jadilah anak dan insan yang bertanggungjawab.. Semoga Marissa Auni sentiasa berjaya di dunia dan akhirat.. Amin Ya Rabbal Alamin... :)

No comments: