Lilypie First Birthday tickers

Lilypie Second Birthday tickers

Thursday, July 15, 2010

Demam Denggi

tiba-tiba terpanggil untuk share info tentang denggi ni.. mungkin kerana banyak sangat kes denggi kebelakangan ni... hurmm...ape yang saya tahu, setakat ini masih belum ade penawarnya...cuma beberapa langkah yang akan dipraktikkan untuk kurangkan demam dan virus2 tersebut dari terus menular... seperti yang kita tahu, denggi sangat merbahaya dan bole mengakibatkan kematian.. nauzubillah.. minta dijauhkan dari saya dan keluarga saya...

ok... Demam Denggi merupakan sejenis penyakit yang disebabkan oleh jangkitan virus Denggi (genus Flavivirus) yang disebar oleh nyamuk Aedes betina. Cara penyebarannya ialah melalui gigitan nyamuk aedes orang yang berpenyakit virus denggi kepada orang yang sihat. Biasanya virus tu akan terpendam dalam badan pesakit selama 3-14hari sebelum menunjukkan tanda-tanda.

Demam denggi bermula dengan demam mengejut, dengan sakit kepala teruk, sakit di belakang bebola mata, sakit sendi dan otot dan gatal-gatal. Ciri-ciri keradangan demam denggi adalah bintik-bintik merah terang, dan biasanya muncul di anggota bahagian bawah – pada sesetengah pesakit, ia merebak hampir kepada keseluruhan tubuh. Tanda pada kulit yang klasik ialah seluruh kulit tubuh bertukar kemerahan diselangi dengan tompok-tompok kulit warna yang normal. Kemungkinannya terdapat gastritis dengan gabungan sakit perut, mual, muntah atau cirit-cirit. Pesakit juga boleh mendapat radang hati, radang otak (lebih pada kanak-kanak) dan juga dalam kes luarbiasa radang otot jantung.

Rawatan utama adalah terapi sokongan. Pesakit digalakkan untuk mengekalkan makan, terutamanya minum air. Sekiranya pesakit tidak mahu / mampu minum, tambahan melalui cecair intravena mungkin diperlukan untuk menghalang kekeringan dan hemoconcentration teruk. Pemindahan darah mungkin diperlukan sekiranya bilangan platelet turun dengan banyaknya. (sistem imun lemah tak dapat melawan vrus).

Ada petua-petua yang saya dengar mampu meredakan penyakit ini selain dari minum air masak yang banyak. antaranya ialah minum air 100plus dan makan sup ketam... setakat ini alhamdulillah, berkesan...

Apa-apa pun, pencegahan awal lebih baik dari mengubati kan... Mulai hari ni, perhatikan kawasan sekeliling... kalau ada tempat-tempat yang memungkinkan pembiakkan nyamuk aedes, hapuskan lah... kalau bole panggil orang kesihatan fogging kat kawasan kediaman anda... apa2 pun, kita hanya merancang, Allah yg menentukan segalanya... =)

No comments: