Lilypie First Birthday tickers

Lilypie Second Birthday tickers

Sunday, September 19, 2010

owh...brand's....

pegi mydin smlm nak beli pati prune tapi habis stok la plak...ternampak la plak yang baru nie... PATI BUAH QUINCE...dari x beli ape2 ( sbb memang da niat dari rumah nak poww en.suami, kene la cari gak mende nak beli kan...tips utk poww :: barangan mestilah yang munasabah agar dia x bole nak reject...ok2 da masuk simpang lain sila U turn semula ke topik asal ) so, grab it while u can...hehehe....balik umah dok terbelek2 bila time nak makan bende nih..kalau pati berry makan time siang dan pati prune plak time b4 tido...pati quince ni x bgthu plak makan bile so saya decide makan time pagi2 after bangun tido ( of coz after berus gigi jugak....)

saje2 google more info bout pati quince nih....jom bace... sharing is caring...



BRAND'S InnerShine Pati Quince
Imbangi kesihatan dengan pemakanan yang betul
Setiap hari sibuk dengan pelbagai aktiviti, tidak pernah cukup masa dalam sehari untuk melakukan semuanya! Hidup anda berkisar tentang kerja, keluarga, dan pelbagai perkara lain tapi anda lupa tentang diri sendiri. Pemakanan seimbang diambil mengikut masa yang sepatutnya dan keperluan nutrien penting untuk kesejahteraan anda, kini terabai. Tambahan pula, pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran, sumber vitamin dan mineral penting semakin berkurangan. Pilihan pemakanan yang tidak sihat menambahkan tekanan metabolik kepada badan.

Penyelesaian hebat untuk kesihatan badan anda
InnerShine Pati Quince merupakan pemakanan yang mudah dan seimbang, kaya dengan 14 multivitamin dan mineral untuk khasiat pemakanan yang seimbang dan keperluan kecantikan diri anda. Pati buah-buahan yang berkhasiat menggabungkan kesemua kebaikan buah eksotik kuning keemasan dari Eropah yang mudah dikenali daripada warna kuning keemasannya yang terang; Kaya dengan sumber vitamin dan mineral – Quince manis semula jadi dengan Sari Epal dan sedikit rasa Epal Cider memberikan rasa masam yang unik. Ia tidak dicampurkan dengan gula, pewarna dan pengawet tambahan.


Anggaran Kandungan

Quince dan Pati Epal
Epal Cider
Vitamin dan mineral (14’s) 85.2%
2.0%
1.8% (783.8mg)
Faedah serta kebaikannya
* Vitamin A: Memelihara kulit agar sentiasa sihat
* Vitamin B1: Diperlukan untuk proses pembebasan tenaga daripada
karbohidrat
* Vitamin B2, B3: Diperlukan untuk proses pembebasan tenaga daripada
protein, lemak dan karbohidrat
* Biotin, Vitamin B5: Membantu proses metabolisme karbohidrat dan lemak
* Vitamin B6: Membantu tubuh badan untuk membebaskan tenaga dari
protein, lemak dan karbohidrat
* Asid Folik: Penting untuk proses tumbesaran dan pembahagian sel
* Vitamin B12: Diperlukan untuk proses penghasilan sel darah merah
* Vitamin C: Meningkatkan penyerapan zat besi daripada makanan
* Vitamin E: Melindungi lemak dalam tisu badan daripada pengoksidaan
* Magnesium: Meningkatkan penyerapan kalsium
* Zink: Penting untuk tumbesaran
* Mangan: Membantu tubuh badan untuk membebaskan tenaga daripada
karbohidrat dan protein

kite cube try test k..saya baru minum 2 botol.....teeheeeeeee....

1 comment:

inor said...

thanx for sharing !! XOXO