Lilypie First Birthday tickers

Lilypie Second Birthday tickers

Sunday, November 28, 2010

Nak kurus ? Senang aje.......

Akibat daripada kerisauan yang melanda kerana kenaikan berat badan atau nama glamernya GEMUK... aku pun try le search apa-apa yang patot untuk turunkan berat badan atau kata nama lainnya KURUS.... search punya search..terjumpa la artikel yang sangat menyenangkan hati aku...Kenapa aku senang hati ?? sebab tips dari artikel tu senang je nak buat..hehehe...sapa2 yang kurus tu boleh teruskan membaca.... =)

Artikel yang aku jumpe tu adalah mengenai buah LEMON...Banyak sangat khasiat buah Lemon yang masam nih...tapi aku suka je buah ni..korang suka tak? tapi oleh kerana title entri aku kali ini adalah untuk kurus so, aku bagi tips untuk kurus je la ye...kang taip panjang2 pun bukannya korang nak bacakan ? eheheh...



Dengan harga semurah RM 1.09 sebiji...korang boleh try tips ni..
  1. Bubuh hirisan lemon dalam air minuman korang setiap hari... best skit nak minum air kosong kan? terasa macam minum air kosong kat hotel pulak... =)
  2. Perah Lemon dalam segelas air suam dan sedikit madu... pastu minumlah untuk kurus..
Senang je kan ? kalau korg terasa macam nak buat yang ala-ala fear factor tu...korang try yang ni pulak...

Kisar 3 inci halia dengan setengah cawan air,
tapis dan perahkan limau ,
letak sedikit gula dan
minum sebelum tidur...

ada satu lagik...

Parut 2 biji lobak merah dan sebiji timun,
untuk mendapatkan jusnya.
Campurkan air perahan limau nipis dan
kacau sehingga sebati.
minum 2 kali sehari dan amalkan sehingga
mencapai berat badan yang ideal.

ok, itu sahaja buat masa ini..aku harap korang2 try la k..sebab aku pun nak try jugak....

sharing is caring kan ?

tata~

nota kaki *
khasiat Lemon dan limau sama tau !!

1 comment:

Amalina Madzlan said...

tengah mencari-cari tips kuruskan badan..
thanks a lot!:)