Lilypie First Birthday tickers

Lilypie Second Birthday tickers

Thursday, November 25, 2010

Number

wahhhh !!! tajuk x tahan....mcm cerita AXN la plak...hahahahaha..... entri kali ni bukan lah mengenai crime scene tapi mengenai number kehidupan kita ... yang dikira berdasarkan tarikh lahir seseorg... hurmm...kegunaannya untuk mengenali potensi diri, kerjaya, kesihatan , keserasian dan sebagainya...

bukanlah nak jadi tukang tilik, but trust me.. it is 80% accurate... nama terkenal yang biasa kita dengar berkaitan ini ialah tak lain dan tak bukan..jeng jeng jeng.... >>> Dr. Azizan...

korang kenal x??? ( kalau x kenal, sila google la kalau nk tgk rupa Dr. Azizan...buat malu je korg ni tau !! )

tapi sekarang beliau dah tak kendalikan apa2 program seperti itu lagi, semuanya diserahkan kepada anak muridnya kerana beliau sendiri sedang memfokuskan diri kepada satu bidang baru...

ok... sila U-Turn...ko da jauh menyimpang jauh dah ni eno oiiii !!!! entri kali ni nk cerita pasal number bukan pasal Dr.Azizan !!!

sebenarnya aku pun x pernah pergi seminar tu tapi my officemate dah pergi...dan dia dengan berbesar hati telah menerangkan serba sedikit tentang angka kehidupan aku dan kawan2 yang lain.... sangat teruja beb time dengar tu....pengiraan yang diperolehi serba sedikit menerangkan tentang fizikal dan spritual kita...tapi apa2 pun root number yang penting...root number terdiri dari number 1 hingga 9 dan membawa maksud yang berbeza-beza.

contoh pengiraan :: 12.02.1984

12 02 19 84
3 + 2 1+3
5 + 4
9

maknanya, root number adalah 9...

selain root number, mereka juga mengajar tentang elemen kita berdasarkan root number. elemen untuk number 9 ialah kayu....

dari elemen tersebut, kita akan mengetahui apakah warna yang patot dipakai untuk menaikkan semangat dan apa warna yang patut dielakkan.. contohnya elemen kayu ini, warna yag baik dipakai ialah seperti warna merah, hijau dan biru.. manakala warna yang patot dielakkan ialah warna putih, silver dan gold..

huhh !!! kalau nak tahu lebih lanjut, ape yang lanjutnya..... bolehlah menyertai bengkel mengenali potensi diri pada 1 Disember 2010 ini.... harga tiket rm30 sahaja... satu hari je pun.. wah wah...macam nak kene mintak percent je ni.....hahahahhaa....kalau bagi join free pun boleh jugak...ahaks

kalau kita x berusaha untuk mengubah diri kita sendiri, siapa lagik..betul tak ?? ok guys....salam~

No comments: