Lilypie First Birthday tickers

Lilypie Second Birthday tickers

Thursday, November 25, 2010

SERAT atau FIBER

Serat atau fiber mempunyai banyak kebaikan untuk manusia...ianya banyak terkandung di dalam semua bijirin seperti oat, beras, gandum, buah-buahan, sayur-sayuran dan kekacang seperti soya, kacang tanah, dhal, pea, dan sebagainya. Tetapi serat tidak terkandung di dalam daging, ikan dan produk tenusu.

Serat penting dalam membantu sistem penghadaman dan mengelakkan sembelit.. so, kepada sesiapa yang mempunyai masalah sembelit patut mengambil lebih banyak fiber atau serat ini dalam pemakanan seharian..

Kepada sesiapa yang sedang berdiet, serat boleh membantu memanjang tempoh makanan dalam perut dan memberikan rasa sepenuhnya.. jadi, ia membantu mengehadkan pengambilan kalori.. jadi ia bagus untuk diet..

Serat perlu diambil setiap hari oleh pesakit diabetes dan mereka yang mengalami masalah kegemukan..

Ahli kesihatan percaya bahawa bermula di usus besar, dan membekalkan tubuh anda dengan serat yang cukup setiap hari adalah penting untuk fungsi usus dan usus besar. Diet tinggi serat juga membantu mengawal berat badan dengan membuat anda merasa kenyang lebih lama selepas makan dan kecil kemungkinannya untuk makanan ringan.

Jadi, untuk memastikan kita mengambil serat setiap hari, sila layari laman web ini..<< sila klik..
kerana boleh dapat sample percuma...ape lagik...cepat2...

No comments: