Lilypie First Birthday tickers

Lilypie Second Birthday tickers

Wednesday, November 7, 2012

Pasta for little Marissa

2 bulan dah mommy peram pasta ni... sebab tak tahu nak buat sos apa untuk Marissa.. Pastu Marissa ni bila makan, mommy tengok kemain telan lagi.. takde pun kunyah2.. takut pulak mommy Marissa tercekik.. Hi hi hi
comey-comey je star pasta ni =)
Tapi sampai bila kan asyik nak makan bubur blend je, so mommy decided nak try gak beri Marissa makan pasta ni since pasta ni mommy tengok comel-comel je.. 

Jadi, mommy terus cari boifren baru mommy sejak-sejak ada Marissa... Mr.Google.. abah tak jeles kan? ihikssss

Mommy jumpa satu resipi sos yang mommy rasa mesti nih.. Alang-alang bahan pun ada kat rumah... Mommy try buat ikut sukatan mommy sendiri kerana sukatan yang diberi agak banyak dan boleh buat stok beku.. Mommy tak berapa suka la frozen-frozen ni.. So, meh tengok jap resipi nya..

Vege Cheese Sauce

1 tbsp unsalted butter
1 tomato - belah 4, buangkan bijinya 
1 carrot - dadukan dan steam 

cara :
  1. cairkan butter dalam pan, kemudian masukkan tomato.
  2. kacau dan lenyekkan tomato tu.. kemudian tutup api.
  3. carrot yang telah disteamkan kemudian dipurikan..
  4. campurkan puri carrot dalam pan tadi.. 
  5. siap untuk dihidang bersama pasta.
Resipi asal kene bubuh grated cheese, tapi mommy tak jumpa cheese yang unsalted so mommy tak bubuh la cheese untuk Marissa.. ( ingat ! baby below 1 year tak boleh ambil garam ye kawan-kawan )

Mommy rasa sedap... Dengan semangat waja mommy bubuh dalam bowl nak suap Marissa tetapi... uhukkk.. makan 5sudu je pastu buat muke loya... Anak mommy memang pandai.. Tekak Marissa very the Melayu .. Sama macam abah dia.. (-_-")
Pasni kene bubuh belacan dalam bubur.. ngeh ngeh ngeh

So, untuk petang.. Mommy still nak Marissa makan pasta.. Tak kira-tak kira... makan pasta jugak.. So, dengan gagah berani mommy siapkan diri sendiri dan Marissa, kita pegi Aeon Ayer Keroh berdua-duaan sahaja.. Tanpa abah kerana abah ade kerja.. Fuhhhhhhh !

Pergi sana semata-mata nak beli ini.. Sila scroll ke bawah...
Hahahaha... Mommy bukanlah penyedia makanan segera yang tegar untuk Marissa Auni, so stok-stok puri gini memang takde dalam simpanan... 

Balik rumah je terus siapkan untuk Marissa.. Tapi hampa, anak mommy memang tekak melayu... Marissa still buat mimik loya.. uhukkk.. Last-last, mommy bagi Marissa puri je petang tu... (-_-")

Pasni kena lah masak bubur nasi gak untuk Marissa, tunggu lah awak besar skit.. Mommy buatkan bolognese untuk awak.. mesti awak suke sebab mommy pun suke.. Ha ha ha..

Ok, masa mengantuk kat opis da menjelma, mari kita sendal apa yang patut..
Daaaaaa~

No comments: