Lilypie First Birthday tickers

Lilypie Second Birthday tickers

Wednesday, November 14, 2012

Resipi Cream Puff sedap..

Dah lama tak share resipi dalam blog ni...
Jadi, jangan cerita banyak, mari kita mulakan...
Bismillahirrohmannirrahim...

Bahan-bahan yang diperlukan adalah :

100ml air
45g butter-suhu bilik, potong 1cm
60g tepung gandum- diayak
2 biji telur(100g)
 
Cara-caranya : ( sila follow bebetul ye, jangan cuba menjadi derhaka.. kalau derhaka gak, jangan salahkan resipi ini jika puff anda versi batu-bata, terima kasih ! )

Panaskan oven pada suhu 200C. 
Alaskan dulang oven(oven plate) dengan aluminium foil kemudian sapukan minyak ke atasnya.
Kalau guna loyang kuih tak payah alas kertas aluminium, terus aje sapukan butter
Masukkan telur ke dalam mangkuk. Pukul biar telur kuning dan telur putih bercampur.
Tepung gandum di ayak  
Masukkan air dan butter ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana kemudian kuatkan sehinggalah mendidih. Bila dah mendidih tutupkan api.

  • Masukkan tepung dan kacau cepat-cepat. 
  • Panaskan semula adunan dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk. Kemudian padamkan api. 
  • Masukkan telur, kacau cepat-cepat 
Masukkan adunan ke dalam piping bag.
Gunakan nozel 1 cm. Kalau tak de potong aje bucu plastik anggaran 1 cm
Pipe kan ke atas dulang
Tekan bahagian tanduk yang terhasil supaya cream puff nampak cantik.
Spray permukaan cream puff dengan air. Bakar dalam oven pada suhu 200c selama 15 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 180c dan bakar selama 25 minit. Kalau nak nampak lagi perang biarkan cream puff di dalam oven beberapa minit sebelum dikeluarkan.
Sejukkan cream puff sebelum dimasukkan cream custard. 

RESIPI CUSTARD

 1 sudu besar tepung
1 sudu besar tepung jagung
4 sudu besar gula
200ml (1 cup) susu segar
1 biji telur (L size)
1 sudu besar mentega
1 sudu teh esen vanila
sedikit pewarna kuning

Masukkan tepung, tepung jagung dan gula  ke dalam mangkuk. 
Masukkan 1-2 sudu besar susu. Kacau rata jangan ada yang berketul2
Masukkan telur dan kacau lagi. 
Kemudian masukkan susu yang selebihnya dan kacau.
Wrapping mangkuk dan masukkan ke dalam microwave. Guna suhu yang tinggi. 
Masak sehingga pekat. 
Setiap 1 minit lebih bawa keluar dari microwave dan kacau.
Ulang sehingga pekat.
Bila dah siap, masukkan butter dan kacau rata. 

Adunan ini boleh juga di masak atas dapur dgn api yg sederhana.
Adunan hendaklah dikacau untuk mendapatkan cream custard yg licin.

Ok, itu sahaja dan selamat mencuba :)

No comments: